Assalamua'laikum dan salam sejahtera
Buat sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNya
Mungkin entry ini agak terlambat, kerana Hari Lahir kawan baik saya ialah pada April yang lepas. Saya terpaksa menunggu untuk entry ini bagi memastikan kawan baik saya itu mendapat hadiahnya dahulu (kalau tak, tentu tak jadi kejutan yang saya rancang!)
Bagi sahabat-sahabat yang membaca...inilah hadiah yang saya berikan buat sahabat baik saya itu...saya buatkan hamtaro, kerana dia begitu teruja dengan hamtaro itu...
Tetapi hamtaro yang ini versi warna ungu...hehehehe...kerana ungu ialah warna kegemarannya...versi ini khas untuk sahabat baik saya
Saya juga menghadiahkan reben berbentuk hati (pastinya berwarna ungu juga...hehehe) buat sahabat baik saya...sebagai tanda betapa saya amat menyayanginya
Buat kawan baik saya, Marinar Mohd Nasar...sebagai kawan, saya sentiasa
hadiahkan doa-doa yang baik untukmu. Ukhwah fillah...Terima kasih kerana
menjadi kawan yang setia, saling tegur-menegur dan saling
memperingati...