Assalamua'laikum dan salam sejahtera
Sahabat-sahabat yang saya kasihi keranaNYA,
Hari ini, kita teruskan perkongsian ilmu kita tentang origami. Tujuan saya supaya sahabat-sahabat mendapt ilham tentang rekaan-rekaan dalam origami. Sebelum menulis nota ini (sebelum saya membuat sedikit kajian), saya hanya mengenali beberapa jenis origami yang biasa saya jumpa.
Jenis-jenis origami yang saya tahu ialah Origami Asli, Origami 3D, Kusudama, dan Motion origami. Ini yang saya tahu. Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis origami. Alhamdulillah, dengan niat untuk berkongsi ilmu, saya juga dapat menambahkan ilmu yang saya ada. Melalui pembacaan, saya mendapati ada beberapa jenis origami.
1. Pure & Pureland Origami
Untuk origami yang ini, ianya mengikut syarat-syarat origami, di mana tiada gam, tiada gunting, tiada pita perekat. Origami ini terhasil dengan hanya lipatan dari sekeping kertas. Tambahan tentang origami ini ialah, hanya satu lipatan dibenarkan dalam satu-satu masa, dan kadang-kala tidak membenarkan penggunaan reverse fold (maaf, saya tidak tahu istilahnya di dalam Bahasa Melayu) di bawah adalah contohnya
|
Diambil dari enjin carian Google |
2. Modular Origami
Rupa-rupanya Kusudama dan Origami 3D termasuk dalam kategori ini. Ianya adalah origami yang mencantumkan unit-unit yang sama bentuk dan saiz, bagi menghasilkan satu objek origami. Dalam origami jenis ini, gam, pita perekat dan gunting dibenarkan. Namun begitu, ianya lebih menekankan dinamik unit-unit untuk bercantum, dan juga dicantum mengunakan teknik gulungan. Contoh yang popular ialah angsa, dan bebola kusudama. Jom kita tengok indahnya seni origami yang ini.
|
Sangat unik (diambil dari enjin carian Google) |
|
Comel! (diambil dari enjin carian Google) |
3. Action Origami
Suka hati saya je istilahkan dia sebagai motion origami...hahaha. Saya istilahkan begitu sebab ia antara origami yang boleh bergerak. prinsip kinetik digunapakai dalam origami ni. Prinsip origami ini menghasilkan origami yang berbentuk permainan, dan lazimnya diminati oleh kanak-kanak. Antara comtoh-contohnya ialah jumping frog, ninja star, moving cube, fireworks dan banyak lagi. Di bawah ialah contoh ninja star yang berubah bentuk apabila ditarik keluar.
|
Diambil dari enjin carian Google |
|
4. Wet folding Origami
Ini adalah sesuatu yang baru bagi saya, dan ianya juga boleh dikategorikan sebagai origami moden. Kaedahnya, kertas akan dibasahkan untuk memudahkan melentur kertas bagi mendapatkan bentuk objek yang lebih semulajadi. Senang kata, teknik ini menampakkan sesuatu objek itu tidak nampak keras dan lurus. Teknik ini menjadikan origami lebih berdimensi. Jom, kita tengok gambanrnya!
|
Diambil dari enjin carian Google |
|
5. Kirigami
Kirigami pula bila membaca penerangannya, saya merumuskan bahawa Kirigami ini diaplikasikan dalam membentuk model-model 3D, dan juga dalam penghasilan pop-up card. Kirigami bermaksud memotong kertas. Mereka yang mahir dalam kirigami, mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Di bawah adalah contohnya bagi memudahkan kita faham tentang kirigami.
|
Diambil dari enjin carian Google |
6. Origami Tessellations
Berbelit lidah nak menyebutnya...hehehe... Origami ini sangat asing pada saya, tetapi mungkin tidak bagi sahabat-sahabat. Saya melihatnya sebagai satu origami yang kompleks. Di atas satu satah, lipatan akan dilakukan tanpa ada ruang diantata lipatan. origami ini menambah nilai tekstur dalam seni origami, dan pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi umtuk melakukannya. (Rasa macam nak panggil origami yang berselirat je...hehehe) Di bawah adalah contohnya.
|
Struktur yang komples (diambil dari enjin carian Google) |
|
7. Dollar Bill Origami
Ini juga antara teknik origami yang popular. Selain menggunakan kertas, kita boleh membuat lipatan mengunakan not wang kertas. Selalunya objek yang dibuat ialah baju dan bentuk hati atau love. Dan ianya dijadikan koleksi peribadi, atau diberikan pada orang yang tersayang (memanglah...duit tu! hehehe) Saya pernah mencuba membuat bentuk hati, tetapi sebab saiz not wang kertas kita tidak sama saiz seperti mereka, maka, nampak tak berapa nak comel bentuk hati tu, dan kadangkala, tidak mencukupi untuk menghasilkan bentuk hati tersebut. Contoh gambar:
|
Diambil dari enjin carian Google |
Inilah jenis-jenis origami yang saya tahu, mungkin sahabat-sahabat mengetahui jenis lain, boleh kongsikan bersama pembaca di sini. Selepas mengenali jenis-jenis origami ini, sahabat-sahabat tentu teruja melihat hasil origami daripada lipatan yang ringkas dan sehinggalah yang kompleks. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada kita.
~cinta~ukhwah~hadiah~